Terapi Renang K15 & K16
Pada 6 Mac 2014 bersamaan hari Khamis yang lalu, bakal guru lelaki dari kumpulan K15 dan K16 telah mengadakan terapi renang di kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh. Terapi ini telah dibimbing oleh Encik Sabri Tan yang mempunyai kepakaran dalam bidang renang sekaligus mempunyai kepakaran dalam terapi renang.
Antara jenis renang yang telah kami pelajari ialah cara terapung, pernafasan di dalam air, gaya bebas, menyelam, gaya kupu-kupu dan banyak lagi.
Teknik pernafasan di dalam air
Cara mengapungkan diri menggunakan kaki dengan bantuan rakan
rajah a
rajah b
rajah c
Rajah-rajah(a,b,c) di atas menunjukkan fasa-fasa gaya renangan yang betul ditunjukkan oleh encik Sabri Tan
Cara mengapungkan diri menggunakan kaki tanpa bantuan rakan
segala intipati tentang terapi renang yang dipelajari oleh kami dengan bimbingan dan tunjuk ajar encik Sabri Tan akan kami aplikasikan dalam terapi renang untuk murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di sekolah kelak. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada encik Sabri Tan atas segala tunjuk ajar yang beliau berikan.
Sekian Terima Kasih.







